“Daddy, ini Rolls Royce, betul-betul Rolls Royce! Saya nampaknya di luar sekolah saya… “

Loh Teng Shui & Tan Ei Ein
44 & 43 (2022)
Bapa & Ibu
Ahli Keluarga yang Telah Meninggal:
  • Zech Loh Qi Yi, 7, Anak lelaki (anak tunggal)
Loh Teng Shui & Tan Ei Ein

“Daddy, ini Rolls Royce, betul-betul Rolls Royce! Saya nampaknya di luar sekolah saya… “

Memburu kereta adalah sesuatu yang Zech gemar melakukan semasa keluar berjalan-jalan bersama ibu bapanya. Sekiranya bapanya Loh tidak bersamanya, dia akan menghantar mesej suara kepadanya memberitahu ayah tentang jenis kereta yang dia jumpai.

“Dulu saya akan menerima beberapa mesej seperti ini setiap hari. Mesej-mesej ini akan menghiburkan saya.” Encik Loh berkata sambil menatal mesej suara telefonnya. Kadang-kadang dia akan tersenyum mendengar dan meniru nada Zech, dia pasti sudah mendengar mesej-mesej ini berulang-ulang kali.

Zech adalah anak lelakinya yang berumur 7 tahun, bersifat celoteh dan aktif pada setiap masa dari saat bangun sampailah ke waktu tidur. “Sejak kelahiran Zech, dia sentiasa bersama kami di mana-mana saja. Terutamanya ke penempatan orang asli di mana dia bersuka ria bermain di sungai dan berkawan dengan kanak-kanak tempatan.”

” Semenjak kami melahirkan anak kami ke dunia ini,” ibu Zech, Tan Ei Ein mengenang, “Dia adalah begitu berharga kepada kami dan kami membuat keputusan untuk menjaganya sendiri memandangkan kami berdua bekerja dari rumah.”

”Saya sentiasa bersamanya sepanjang masa dan dia akan menjadi motivasi saya untuk menyelesaikan kerja saya secepat mungkin untuk menemannya. Biasanya kami juga akan membawanya bersama kami ke mesyuarat kerja dan apabila kami bermesyuarat dengan pelanggan korporat, kami akan meminta kawan-kawan kami menjaga dia buat sementara waktu. ”

“Dia seorang budak yang sangat baik dan boleh bermain dengan sendiri. Ia sangat menyeronokkan semasa dia bersama dengan kami, seperti melakukan pengembaraan bersama-sama,” kenang isteri Loh.

Setiap pengembaraan bersama Zech adalah lembaran baharu dalam perjalanan Loh sekeluarga sehingga semuanya berkecai apabila mereka kehilangan Zech dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember 2022.

Loh dan isterinya, Tan, bergelut untuk menggunakan apa sahaja video, mesej suara dan foto yang mereka ada untuk mengumpulkan kenangan dan detik bersama anak tunggal mereka sebelum semuanya beransur-ansur dilupakan.

Bencana itu merupakan salah satu tragedi yang paling teruk di Malaysia. Ia tidak berhenti menghantui mereka. Namun, dengan berkongsi pengalaman tragis mereka pada malam itu, mereka berharap ia dapat membantu orang lain yang mungkin mengalami kepiluan yang sama pada masa hadapan dan juga berharap perkongsian ini akan mendorong pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil langkah yang lebih kukuh untuk mengelakkan perulangan tragedi seperti ini.

Malam Yang Tragis Itu

“Ia adalah malam kedua (di Ladang Organik Bapa), pada 16 Disember pukul 2:08 pagi. Saya tengah tidur di dalam khemah manakala isteri dan anak lelaki saya tidur di dalam kereta yang jauh daripada saya. Terdapat 3 seksyen di ladang itu – Hill View di bahagian atas, Farm View di tengah dan River View di bahagian bawah. Mereka berada di tapak yang pertama dilanda tanah runtuh, dan khemah saya terlepas dari runtuhan tanah.”

“Apabila saya terdengar bunyi gemuruh itu, ia seperti kereta yang bergerak dengan sangat laju. Saya berfikir, tapak perkhemahan ini sepatutnya tiada kereta yang akan melalui pada waktu malam. Bunyi tersebut semakin kuat. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena, saya bangun dengan segera dan melihat ke luar khemah, saya nampak garisan pokok sedang beralih. Dalam masa kurang daripada 10 saat, terdengar bunyi seperti guruh yang kuat apabila tanah runtuh pertama kali melanda. Longgokan tanah melanda ke arah khemah saya dan saya keluar dari khemah itu serta merta dan berlari ke arah isteri dan anak saya.”

“Apabila saya melalui khemah rakan kami Quek, sebahagain khemahnya telah runtuh dan terperangkap di dalam. Dia cuba melarikan diri, saya mengoyakkan khemah untuk membantu dia sekeluarga keluar dari khemah. Selepas itu, saya terus ke depan dan jumpa guru wanita terperangkap di dalam tanah.”

“Saya keluarkan lumpur dari mulut dan hidungnya dan bagitahu, ‘awak boleh bernafas sekarang.’ saya gerak ke hadapan memijak atas lumpur lembut dan mendapati diri saya tersekat di lumpur sedalam paras lutut yang menghalangkan pergerakan saya. Saya berjaya memanjat ke atas sebuah pondok yang runtuh dan menyuluh lampu suluh saya, cuba mencari mangsa lain di sekeliling saya. Saya terlihat beberapa kereta telah ditolak oleh tanah, tetapi tidak dapat jumpa kereta saya. Pada masa itu, saya belum menyedari bahawa kenderaan yang lain telah tertimbus di dalam lumpur. Saya ingat hanya beberapa kenderaan yang terjejas oleh runtuhan tanah.”

“Saya terlihat seorang budak lelaki, anak kepada salah seorang guru, terperangkap – separuh badannya dibawah tanah. Saya menjerit kepadanya dan dia membalas. Saya kembali ke kumpulan orang yang telah berkumpul dan saya pergi mencari tempat tertentu di Hill View yang terdapat liputan talian telefon untuk menghubungi 999. Khemah-khemah golongan guru adalah kawasan yang paling serius dilanda. Mereka mengalami kesan yang paling teruk.”

“Selepas meminta bantuan dan menjelaskan keadaan, saya berkomunikasi dengan pihak bomba dari Pahang melalui WhatsApp. Saya menyuruh mereka untuk mencari  tapak perkhemahan itu melalui Google. Saya juga memberitahu mereka bilangan mangsa yang terdapat di sini dan meminta mereka datang secepat mungkin.”

“Ramai di antara kami berada dalam keadaan terkejut dan tiada apa yang boleh kami buat. Pengendali kem telahpun tercedera dan ramai budak kecil bersama kami. Sesekali, kami dapat mendengar bunyi hon dari kereta. Saya berfikir: pastilah itu isteri saya, kerana hanya merekalah yang bermalam dalam kereta. “

“Dalam malam yang panjang itu, selepas saya terdengar bunyi hon kereta, fikiran saya terus dibanjiri dengan pelbagai andaian: Adakah dia (isteri) dalam keadaan yang teruk sampai tidak dapat bertahan, jadi dia tekankan hon tak berhenti-henti? Dan anak saya, tiada apa-apa petunjuk seperti suara jeritan atau tangisan daripadanya, sepatutnya dia akan menjerit meminta tolong jika masih hidup. Akhirnya, saya bermula membayangkan kemungkinan kehidupan masa depan saya bersendirian…… Macam mana saya nak teruskan perjalanan kehidupan saya tanpa mereka?”

“Pada malam pertama perkhemahan, saya telah pergi ke kereta untuk memeriksa keadaan mereka dan mengucapkan selamat malam kepada mereka. Semasa saya pergi, Zech memanggil saya untuk kembali dan menghulurkan tangannya, meminta saya untuk memeluknya. “

“Saya memeluknya sebelum saya kembali ke khemah, dan itu adalah kali terakhir saya memeluknya.”

Tan Ei Ein

“Saya dan anak bermalam di dalam kereta kerana perkhemahan kereta adalah trend yang baru. Jadi kami telah menyediakan beberapa gear yang diperlui dan ini adalah kali pertama kami berkhemah di dalam kereta.”

“Saya terdengar bunyi yang kuat dan dengan segeranya, membangunkan diri untuk melihat apa yang telah berlaku. Namun, sebelum saya sempat melihat apa-apa, dalam sekelip mata, saya pitam. Anggaran dalam 30 minit kemudian apabila saya sedar diri, sekeliling saya adalah gelap gelita dan saya tidak dapat gerakkan badan. Saya meraba-raba sekeliling dengan tangan saya dan dapat jumpa salah satu kaki Zech lalu memegangnya. Kaki saya terletak di stereng dan cukup untuk saya tekankan hon sebagai isyarat kepada mereka yang berada di luar. Saya berasa terdesak. Saya meneruskan tekanan hon dengan kaki saya. Tidak lama kemudian, Loh menjerit kepada saya, menyuruh saya hentikan hon untuk menjimatkan tenaga. ”

“Sepanjang masa itu sambil menunggu bantuan, saya bercakap dengan Zech, bertanya sama ada dia masih baik. Namun, tiada jawapan yang saya terima. Saya fikir mungkin dia adalah seperti saya tadi, pitam dan belum sedar. (Pasukan bomba tiba 2 jam kemudian). Kesan tanah runtuh itu adalah sangat besar sehingga dalam beberapa hari pertama selepas kejadian, saya tidak dapat mengangkat leher saya. Saya mengalami terkehel pinggul dan luka besar di bahagian sebelah kiri muka saya.”

Operasi Penyelamatan

TS Loh

“Pasukan penyelamat sampai pada pukul 4:30 pagi. Menjelang 3 pagi, mereka sudah berada di luar pintu pagar tapak perkhemahan, cuba untuk masuk ke lokasi kami “

“Sewaktu saya kedengaran bunyi runtuhan, saya mula berfikir – mustahil perkara begini berlaku atas diri saya. Malah sebelum tanah runtuh melanda, saya masih tidak percaya dan bertanya kepada Tuhan, ‘Mengapa Engkau berbuat demikian kepada saya?’ Apa kesalahan yang saya telah lakukan? (Fikiran saya terlintas dengan kemungkinan bahawa kami semua akan mati dalam tanah runtuh ini.)”

“Pada masa itu, saya juga memikirkan isteri dan anak lelaki saya. Kereta yang mereka berada begitu jauh daripada saya, apa yang akan berlaku ke atas mereka? ”

”Selepas tanah runtuh berlaku, mangsa-mangsa lain menggali untuk menyelamatkan seorang guru dan anak perempuannya. Apabila melihatkan tanah runtuh yang besar dan jumlah tanah di sekeliling kami, saya pasrah dengan hakikat bahawa isteri dan anak saya tertimbus di bawahnya dan hanya boleh menunggu penyelamat datang. Saya hanya menentukan lokasi mereka apabila terdengar bunyi hon selepas kira-kira 20 hingga 30 minit kemudian.”

“Sepanjang malam itu, saya berasa sangat tidak berdaya kerana saya tidak dapat membuat apa-apa, hanya boleh cuba bertenang diri dan masih hidup. Guru wanita, Hui Ching yang saya membantui,merayu kepada kami supaya membantunya menggali dan menyelamatkan anak saudaranya. Tetapi kami tidak dapat buat apa-apa kerana kami tidak mempunyai perkakas dan tanah lumpur itu sangat liat dan berat.”

“Apabila bomba akhirnya tiba di tapak perkhemahan kami, kami menyalakan lampu kami untuk membimbing mereka ke lokasi kami. Bomba terlihat seorang mangsa terbaring berhampiran tapak perkhemahan kami dan meminta kami untuk menolong membawanya keluar. Kami cuba tetapi tidak berjaya kerana tempat itu curam dan tanahnya sangat lembut. Pada masa yang sama, saya menjerit kepada isteri saya untuk menekan hon supaya anggota bomba dapat mengesan lokasinya. Kemudian, saya meminta bomba mencari lokasi kereta saya melalui bunyi hon.”

“Saya masih ingat pada masa itu, dari jauh saya terlihat anggota bomba mengangkut sesuatu keluar dari tempat kereta tertimbus tetapi tidak jelas. Kemudian, saya dapat melihat dengan lebih jelas apabila mereka membawa isteri saya keluar. Sepanjang malam itu saya tidak bertanya kepada anggota bomba sama ada anak dan isteri saya masih hidup. Rakan-rakan saya membantu dengan menjerit kepada mereka dan bertanya “ibu dan anak ok atau tidak?”. Bomba berkata ok.

“Walaupun rakan-rakan saya memberitahu saya bahawa jawapan dari anggota bomba adalah mereka baik-baik saja, saya dapat merasai sesuatu yang tidak kena di hati saya kerana sepanjang malam, saya tidak mendengar suara jeritan isteri saya atau suara tangisan anak saya. Saya mempersiapkan diri untuk menghadapi apa-apa berita yang buruk. Saya mungkin akan kehilangan salah satu atau kedua-dua merekanya. Namun saya tidak dapat pasti selagi saya tidak jumpa mereka.”

“Kami dibawa keluar oleh pasukan penyelamat selepas hari subuh. Kami ditempatkan berhampiran pintu masuk utama tapak khemah sementara menunggu trak untuk membawa kami ke balai polis.”

“Ketika saya berada di tepi jalan bersama mangsa yang terselamat, saya ada nampak perkerja-perkerja Kementerian Kesihatan. Saya bertanya sama ada mereka telah membawa isteri dan anak lelaki saya ke Hospital Selayang. Mereka memberitahu saya bahawa mereka hanya membawa seorang wanita ke hospital dan terdapat seorang mayat kanak-kanak di situ.”

“Saya meminta kebenaran pihak polis untuk melihat sama ada itu anak saya. Apabila saya membuka kain yang membalutnya, saya tidak dapat mengenalinya kerana warna muka telah berubah. Semasa saya perlahan-lahan melihat ke bawah, pemakaian baju putih dan seluarnya, ketakutan terbesar saya telah disahkan. ”

Ei Ein

“Apabila pasukan penyelamat megeluarkan saya dari kereta, saya meminta mereka menyelamatkan anak saya terlebih dahulu. Mereka mengikuti permintaan saya. Saya bertanya mereka sama ada anak saya baik atau tidak dan mereka jawabkan bahawa dia elok. Di dalam ambulans, saya bertanya kepada pemandu sama ada anak saya baik dan dia balas elok. Mereka hanya mengatakan bahawa semua mangsa dalam keadaan baik.”

“Semasa saya di hospital, selepas kakitangan perubatan merawat luka saya, kawan-kawan saya datang melawat saya, tetapi mereka tidak mendedahkan apa-apa kepada saya, hanya memberitahu bahawa suami saya dalam perjalanan ke hospital.”

Ketika suami saya sampai, pekataan pertamanya kepada saya ialah “anak kami mempunyai kehidupan yang sangat memuaskan. Tujuh tahun hidup yang sepenuhnya.”

“Sarang Kosong”

Selepas upacara pengebumian Zech di Petaling Jaya, jenazahnya dibawa pulang ke kampung ibunya di Melaka untuk dikebumikan.”Kesakitan kehilangan ini sangat mendalam,” kata Loh.

“Begitu memilukan untuk kembali ke rumah kosong. Kita sering mendengar kata-kata orang tua di sekeliling kita bahawa mereka tinggal di rumah kosong, manakala sekali-sekala anak-anak mereka akan kembali untuk melawat mereka. Namun, kami tahu bahawa untuk kami, anak kami tidak akan kembali lagi, hanya meninggalkan perasaan kekosongan yang susah untuk ditanggung. Kehidupan kami telah banyak tertumpu di sekelilingnya. Saya rasa hidup kami tidak berfungsi pada beberapa bulan yang pertama.”

“Perasaan kehilangan dia masih tidak benar. Walaupun Loh telah memberitahu saya kenyataan itu, perasaan saya masih tidak banyak berubah sebab saya masih berharap bahawa mungkin Tuhan akan membangunkannya semula pada keesokan harinya. Sepanjang pengebumiannya selama tiga hari, saya masih berpegang pada harapan tersebut. ”

“Apabila keranda diturunkan ke dalam kubur, saya dilanda emosi. Suami saya memberitahu saya bahawa tubuh akan reput tetapi jiwa akan kekal selama-lamanya. Ketika keranda perlahan-lahan diturunkan ke dalam kubur, dia menyanyikan lagu yang dicipta bersama Zech.”

“Suami saya memeluk saya dan berbisik kepada saya bahawa kami sangat bertuah kerana kami telah memberikan semua yang kami ada kepada anak kami dalam hidupnya yang singkat.”

“Suami saya sentiasa menjadi tonggak kekuatan saya dalam menghadapi kesedihan ini. Dia seorang bapa yang sangat berani mencabar dan juga seorang peneman baik yang akan membetulkan saya dengan lembut apabila saya melakukan kesilapan. Dia dapat mengawal ukapannya dengan lembut tetapi tegas, sentiasa beremosi stabil tetapi juga tahu cara untuk menyeronokkan kehidupan kami.”

Sambil menunjukkan gambar Loh yang tengah memeluk Zech dan berbisik ke telinganya, Ei Ein berkata Loh sentiasa memberikan ilmu-ilmu kepada anak mereka dengan pelbagai cara yang menarik.

“Inilah (gambar) Loh bercakap dengannya menggunakan pelbagai perkataan huaraian untuk menyatakan cinta kepadanya, seperti saya suka Zech yang gila…… Zech yang bijak…… Ferrari Zech.”

“Dia kadang-kadang mengingatkan saya perjanjian kami yang saya terlupa. Dia sering mengingatkan saya supaya meluangkan masa untuknya.”. Loh merindui saat-saat yang tenang waktu sebelum tidur bersama Zech apabila dia membacakan cerita untuk Zech dan juga saat-saat ketika dia berbual-bual dengan Zech dalam kegelapan.

“Kami cuba bagi Zech tidur sendiri, dan dia bersetuju untuk mencuba pada hari jadinya 29 Oktober. Tetapi dia tegas meminta kami supaya memastikan pintu bilik tidur terbuka. Dia hanya dapat tidur sendiri selama beberapa malam dan selepas itu, dia minta kami pergi ke biliknya dan tidur bersamanya.”

“Sekurang-kurangnya kami dapat tidur bersamanye beberapa minggu sebelum kejadian tragis ini.”

Pasangan ini kemudiannya kembali ke kampung orang asli di mana mereka  meluangkan masa berkualiti bersama Zech dan bertemu dengan kanak-kanak yang pernah bermain dengannya.

Menyusun semula kepingan-kepingan yang hancur

Serpihan kaca yang berwarna-warni terbentang di teras rumah mereka. Loh dan Tan akan menyusun serpihan kaca ini untuk membentukkan potret Zech bagi batu nisannya untuk memperingati detik-detik kenangan berharga bersama anak mereka.

Teh Lynn Xuan

KEGELAPAN, lumpur dan khemah-khemah yang runtuh adalah begitu nyata sehingga satu-satunya cara untuk mengekalkan kewarasannya adalah bermula mencatatkan setiap pemerhatian dan pertemuan.

GET INVOLVED

These narratives serve as a stark reminder that behind each statistic lies a unique story of pain and suffering.

#batangkali31

It is a tragedy that should not be forgotten. It should be a lessons for all.

Disclaimer

The information and content provided on this website are intended for general informational purposes only and should not be construed as advice, recommendations, or endorsements from certified experts. The views expressed are solely the opinions of the authors or contributors and do not reflect the opinions or positions of any professional organization or institution. This content is not intended to serve as evidence, admission, criticism, or any form of legal, medical, financial, or professional advice. Users are strongly encouraged to consult with qualified professionals for specific advice relevant to their individual circumstances. The information on this website is provided "as is" without any guarantees of completeness, accuracy, or reliability. The owners and contributors of this website disclaim any liability for decisions or actions taken based on the content provided. By accessing and using this website, you acknowledge that no content herein may be used as evidence or invoked in any court, legal proceeding, or other forum for dispute resolution. If you have any questions about this disclaimer, please contact us for clarification. contact@batangkali31.com

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.