“Saya tidak dapat tidur kerana tidak tahu apa yang berlaku pada anak perempuan saya. Kami tidak mempunyai kereta ketika itu dan tidak dapat memandu ke tempat kejadian.”

Beh Su Lee
59 (2022)
Nenek & Ibu
Ahli Keluarga yang Telah Meninggal:
  • Wong Kim Yap, 34, Menantu lelaki
  • Gain Choo Yin, 35, Anak perempuan
  • Wong Hao Yee, 6, Cucu perempuan
  • Wong Zi Hang, 1, Cucu lelaki
Beh Su Lee

Rumah Beh Su Lee yang sunyi-sepi di Sabak Bernam pernah diselubungi dengan perbualan dan ketawaan cucunya yang berusia enam tahun, Wong Hao Yee, yang sentiasa mempunyai jutaan “mengapa”. Dapur Beh dipenuhi dengan emosi kerana ia bukan sahaja sekadar tempat dia menyediakan makanan untuk keluarga, dan juga merupakan tempat kerja Beh dan anak perempuannya, Gain Choo Yin, bekerja berjam-jam, sentiasa memasak untuk keluarga mereka yang menggemari makanan masakan sendiri yang lazat.

Meja disisi katilnya, Beh mempunyai tiub krim nyamuk yang belum dibuka dan telah berada di sana selama setahun. “Setiap kali Hao Yee digigit nyamuk, dia akan menjerit sambil berlari ke bilik saya. Dia suka melampiri saya untuk menyapu Mopiko padanya walaupun ibu bapanya juga berdekatan. Saya tidak menggunakannya (krim), tetapi ia mengingatkan saya kepadanya,” kata Beh.

Ruang tamu di rumahnya pernah dipenuhi dengan mainan-mainan Hao Yee dan adiknya yang berusia satu tahun, Wong Zi Hang, yang merupakan cucu ketiga Beh selepas cucu keduanya meninggal dunia pada usia empat bulan akibat penyakit jantung kongenital.

Selepas lebih setahun kehilangan anak perempuannya, dua cucu, dan seorang menantunya, Beh berkata bahawa dia telah menghadiahkan beberapa mainan-mainan cucunya, tetapi dia juga mahu menyimpan beberapa untuk mengingati kecintaan yang murni dan indah yang pernah dirasainya. Suaminya, Gain, merupakan seorang lelaki yang lebih pendiam, dia berkata: “Sekarang rumah kami kosong.”

Sebelum 16 Disember 2022, Beh pernah menjalankan perniagaan katering bersama anak perempuannya, Yin. Dua ibu-anak itu memulakan perniagaan pada masa pandemik apabila menantunya kehilangan pekerjaan. Mereka terpaksa mencari makan demi keluarga tujuh orang mereka.

“Selepas anak perempuan saya meninggal dunia (dalam tanah runtuh Batang Kali), sangat sukar untuk saya memasak bersendirian. Saya tidak dapat melakukannya.”

“Tiap-tiap sudut rumah, saya dapat merasai kehadiran anak perempuan saya. Dia akan memotong sayur-sayuran, dan saya pula akan memasak. Segala-galanya di rumah kami masih kekal di tempat asalnya, cuma mereka (keluarga) tidak lagi ada,” kata Beh.

Kesakitan kehilangan orang yang disayangi bukanlah sesuatu yang asing bagi Beh. Empat tahun selepas dia melahirkan Yin, keluarga Beh dikurniakan seorang anak lelaki, yang dia bawa bersamanya ke Singapura kerana suaminya bekerja di sana pada masa itu. Malangnya, anak lelaki itu menghidapi penyakit hati dan meninggal dunia ketika berumur satu setengah tahun.

“Bayi saya masih sangat kecil dan dia mempunyai parut besar selepas pembedahan pada hati. Tiga hari selepas anak saya meninggal dunia, hospital menelefon kami dan mengatakan bahawa mereka mejumpai hati yang sesuai untuknya,” kata Beh.

Di kemudian hari, apabila anak kedua Yin meninggal dunia akibat penyakit jantung kongenital, Beh dapat menyelami perasaan anak perempuannya dengan dalam. “Saya memberitahunya bahawa semuanya mungkin telah ditakdirkan, dan saya dapat merasakan kesedihannya.”

Mengenang kenangan indah bersama orang tersayang mendorong Beh semasa menghadapi kesedihan perpisahan. Saya suka mendengar orang lain berkongsi dengan saya apa yang telah mereka lakukan bersama anak perempuan saya, atau bertanya kepada saya tentang anak lelaki atau cucu saya. Begitulah cara saya mengingati mereka.

Apabila anak saya meninggal dunia, ibu saya telah meminta saya membuang atau membakar gambarnya, dan saya menolak permintaannya. Gambar-gambar ini adalah satu-satunya benda yang saya ada, mengapa saya perlu memusnahkan mereka? ”

Walaupun Beh melahirkan dua lagi anak perempuan selepas anak lelakinya, Yin tetap rapat dengannya. “Apabila Yin mengandung anak pertamanya, dia balik untuk tinggal bersama saya, anak perempuan saya yang lain tiada disisnya pada masa itu, dan saya akan menemaninya ke setiap temu janji pranatal.”

Apabila Yin mengetahui bahawa kehamilan keduanya ditakdirkan untuk berakhir dengan tragedi, hospital telah menjadi rumah keduanya. Malah bagi ibunya, dia tinggal bersamanya menemani Yin sehingga kematian bayinya. Doktor menasihatkannya untuk cuba beranak lagi kerana dia masih muda. Selepas itu, lahirlah Zi Hang, yang kelihatan sangat mirip dengan Hao Yee.

“Cucu saya sangat serupa dengan kakaknya, sentiasa membuat banyak bising. Mereka berdua sentiasa menunggang basikal mereka bersama-sama di halaman rumah, dan saya masih memikiri mereka setiap kali saya duduk di sana.” Beh berkata sambil tersenyum.

Hari ketiga selepas kemalangan itu, mayat Yin dan anaknya akhirnya ditemui. Mayat suami Yin, Wong, ditemui sehari sebelum mereka, manakala Hao Yee ditemui sehari kemudian. Apabila Beh masuk ke bilik mayat untuk mengecam mereka melalui gambar mayat di komputer. Dia terlihat gmabar mayat anak perempuan dan cucunya yang kelihatan damai, dia terus lantang menangis.

“Kira-kira jam 5 atau 6 petang, saya masuk ke dalam dan melihat gambar cucu saya, saya tidak dapat menahan air mata saya.”

“Suami saya tidak berani untuk masuk melihat mayat mereka. Saya hanya dapat ingat bahawa diri saya tidak henti menangis,” kata Beh tentang hari yang malang itu.

Pada sebelah petang hari tanah runtuh berlaku, Beh terjatuh di rumahnya dan tulang pinggulnya retak.

“Saya tidak dapat tidur kerana tidak tahu apa yang berlaku pada anak perempuan saya. Kami tidak mempunyai kereta ketika itu dan tidak dapat memandu ke tempat kejadian (tanah runtuh). Orang bagi tahu saya bahawa minum alkohol mungkin dapat membantu untuk tidur. Saya cuba tetapi masih tidak berjaya.”

Selepas berjam-jam berbolak-balik atas katil, Beh berasa dahaga. Dia yang pening berjalan keluar dari bilik, terjatuh ke atas bakul dobi. Suami Beh membantunya bangun, pasangan itu berehat sejenak dan bangkit pada keesokan harinya bergegas ke hospital Sungai Buloh dengan kereta yang dipinjam dari rakan mereka.

Upacara pengebumian Yin sekeluarga diadakan di Shah Alam.

“Saya berasa sangat sakit sehingga tidak dapat bangun, walau bagaimanapun, saya tetap masih pergi ke upacara pengebumian anak perempuan saya setiap hari kerana inilah masa terakir yang saya boleh menemaninya,” kata Beh.

Hari-hari selepas pengebumian, seperti yang digambarkan oleh Beh, adalah yang paling sukar. “Apabila saya melangkah ke rumah pada kali pertama selepas pulang dari pengebumian, seolah-olah saya rasa rumah itu tidak mempunyai jiwa kehidupan lagi,” kata Beh.

Ini menyebabkan anak bongsu Beh, Rong berhentikan kerjanya di Klang dan kembali ke Sabak Bernam dan membuka kedai makan bersama ibunya. Kedai makan itu seperti tempat perlindungan bagi keluarga Beh yang mana mereka dapat meninggalkan rumah untuk bekerja pada siang hari tanpa perlu selalu meluang masa di rumah yang dipenuhi dengan kenangan Yin dan anak-anaknya itu.

Pada tahun lalu, Beh juga telah bersadar untuk menghargai kehidupannya dengan melancong ke China bersama suaminya. “Saya mempunyai tumor di otak saya. Saya belum mahu melakukan pembedahan lagi. Dalam satu hingga dua tahun ini, saya ingin mengatakan bahawa sekurang-kurangnya saya telah melancong,” kata Beh.

Ironinya, dalam perjalanan inilah yang dia mengimpikan Yin. “Saya mula-mula mengimpikan cucu perempuan saya di rumah kakak saya di Sungai Besar, di mana kami bertolak. Kemudian di China, saya bermimpi kakak ipar saya memanggil saya ke dalam rumah, dan semasa saya masuk, saya terlihat anak perempuan saya sedang mengemas rumah. Dua cucu saya juga ada di sana. Saya tahu bahawa mereka telah meninggal dunia, tetapi saya masih berkata kepada Yin: Mari, Yin, biarkan ibu memeluk awak.’ Kami berpelukan untuk masa yang lama. Saya menangis dan bangun daripada mimpi,” kata Beh.

Gain dan Beh percaya bahawa tragedi yang menimpa keluarga mereka adalah takdir, dan walaupun mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak, mereka masih mengharapkan permohonan maaf. “Tiada siapa yang meminta maaf kepada kami. Ia telah berlalu, dan kami juga cuba melepaskannya.

Namun begitu, kami mahu seseorang, sama ada pemilik tanah atau orang lain, meminta maaf di hadapan (columbarium keluarga) mereka,” kata Beh.

Vincent Khor

Saya berulang kali menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana tidak melakukan  lebih banyak perkara dengan mereka dan juga begitu banyak perkataan yang belum sempat diucapkan.

Keluarga Siti Esah

"Dia kata dia tak mahu berkahwin kerana ingin menjaga saya,"

GET INVOLVED

These narratives serve as a stark reminder that behind each statistic lies a unique story of pain and suffering.

#batangkali31

It is a tragedy that should not be forgotten. It should be a lessons for all.

Disclaimer

The information and content provided on this website are intended for general informational purposes only and should not be construed as advice, recommendations, or endorsements from certified experts. The views expressed are solely the opinions of the authors or contributors and do not reflect the opinions or positions of any professional organization or institution. This content is not intended to serve as evidence, admission, criticism, or any form of legal, medical, financial, or professional advice. Users are strongly encouraged to consult with qualified professionals for specific advice relevant to their individual circumstances. The information on this website is provided "as is" without any guarantees of completeness, accuracy, or reliability. The owners and contributors of this website disclaim any liability for decisions or actions taken based on the content provided. By accessing and using this website, you acknowledge that no content herein may be used as evidence or invoked in any court, legal proceeding, or other forum for dispute resolution. If you have any questions about this disclaimer, please contact us for clarification. contact@batangkali31.com

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.