
Ia adalah pertengahan bulan Januari, pokok Krismas masih berdiri berkilauan di tengah-tengah ruang tamu, dihiasi dengan bola natal glitter dan lampu, seolah-olah menunggu untuk menyambut hari perayaan.
Akan tetapi, masa seolah-olahnya telah terhenti di rumah Vincent Khor Wei Fong,. Pokok Krismas kekal dalam keadaan asalnya sejak Disember 2022. Mainan yang bertimbun di bawah tangga seperti sedang menunggu pemiliknya untuk bermain semula.

Penantian itu tidak lama kemudian berubah menjadi kekosongan jiwa yang menghantui Vincent kerana inilah tempat yang kali terakhir dia bersama isterinya, Chin Su King, dan anak lelakinya, Daniel Khor Yen Hong, di mana dia mengambil gambar dengan anaknya berdiri di sebelah pokok Krismas sebelum mereka berangkat ke tapak perkhemahan di Batang Kali.
“Ada kalanya saya rasa mereka akan membuka pintu seperti biasa, seperti dahulu apabila mereka pulang dari membeli-belah atau bercuti.” Vincent mengenangkan perbualan dengan isterinya yang berada di kem melalui panggilan video. “Dia dengan bangganya ceritakan bahawa selepas tiga percubaan, dia akhirnya berjaya mendirikan khemah dengan dirinya sendiri. Dia juga mengatakan bahawa Daniel sangat menyukai haiwan-haiwan di situ dan ingin lanjutkan penginapan. “
“Pada malam sebelum mereka bergerak, Daniel enggan pergi ke berkhemah kerana dia ketagih dengan TV dan komputer di rumah. Akhirnya, isteri saya berjaya memujuknya untuk pergi bersama-sama. Pada asalnya, perkhemahan mereka ditempah pada 26-28 Disember, tetapi pengendali kem itu menghubunginya dan mengatakan bahawa terdapat ruang kosong untuk 15 hingga 16 Disember dan Su King menerima perubahan tarikh itu.
“Kami kemudian mengetahui bahawa tapak perkhemahan ini adalah sangat popular sehingga perlu membuat tempahan 6 bulan sebelum.”
“Saya cuba memujuknya supaya jangan pergi, tetapi dia seorang yang sangat teguh dan berkeras untuk pergi. Semasa saya menolong untuk bersiap sedia pada malam sebelum, Daniel sedang memilih mainan yang dia ingin bawa ke perkhemahan. Dia akhirnya memilih lampu yang boleh memantul corak bintang-bintang dalam kegelapan di dalam khemah. Apabila teringat malam tersebut, air matanya bergenang di mata Vincent.

“Tiada liputan talian telefon bimbit di dalam tapak khemah, tetapi Su King berjaya menyambung ke Wi-Fi awam dan menghubungi saya. Kami bersembang sebentar, dan dia menunjukkan khemah yang telah mereka dirikan kepada saya. ”
“Apabila berita tersebar di media sosial mengenai kejadian tanah runtuh pada jam 2 pagi, rakan isteri saya cuba menghubungi saya melalui Messenger. Tetapi saya tidak menghidupkan aplikasi dan dia tidak dapat hubungi saya. Kemudian dia berjaya mendapatkan nombor telefon kakak saya dari Facebook dan memaklumkan kepadanya.”
“Apabila saya dapat panggilan daripada kakak saya, masa itu sudah pukul satu tengah hari dan saya tengah makan. Saya terkilan selepas terima berita itu. Saya tidak tahu siapa yang patut dihubungi, apa yang perlu dilakukan seterusnya, atau bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut. Saya memberitahu bos saya bahawa saya tidak boleh bekerja untuk beberapa hari yang akan datang. Kemudian, saya pergi kepada paderi gereja untuk mendapatkan bantuan. Dia berada di sana bersama saya sepanjang masa. ”
Selepas mendapat nombor telefon balai polis Ulu Yam, Vincent dan paderi memandu ke sana. Polis memberitahu mereka, mayat mangsa tanah runtuh akan dibawa ke Hospital Sungai Buluh, manakala mangsa yang cedera akan dibawa ke Hospital Selayang.
“Saya tidak mahu melawat Hospital Sungai Buluh. Saya hanya berharap bahawa mereka adalah selamat. Saya pergi ke Hospital Selayang untuk memeriksa sama ada nama mereka di atas senarai tetapi tidak. Akhirnya, saya pergi ke Hospital Sungai Buluh sementara paderi tinggal di Hospital Selayang untuk menunggu berita.”
Dalam masa penantian berita yang panjang itu, Vincent mengumpul fikirannya untuk memaklumkan kepada ibu mertua yang tinggal di Kuching dan ibunya yang tinggal di Pulau Pinang. Ibu dan kakaknya datang pada waktu malam itu tetapi tidak dapat banyak membantu untuk menenangkan keadaan fikirannya yang cemas dan ketidakberdayaannya.
“Banyak pemikiran terlintas di atas fikiran saya. Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa saya tidak ikut mereka? Mengapa percutian ini yang sepatutnya bertolak dan pulang dengan gembira berakhir seperti ini? Mungkin mereka tidak berada di tapak perkhemahan pada masa itu , mungkin pasukan bomba akan menemui mereka. Saya tidak boleh bercakap mengenainya, dan tidak mahu memikirkan apa-apa kemungkinan yang buruk. Saya menyibukkan diri dengan mengaturkan penginapan untuk keluarga saya.”
“Sehari selepas kejadian itu, pada pukul 7 malam 17 Disember, orang dari tapak maklumkan bahawa mereka telah menemui mayat dan nama isteri saya ada dalam senarai, disahkan mereka tidak terselamat. Saya dibawa ke dalam bilik untuk mengenal pasti mereka melalui gambar. Apabila saya melihat gambar itu, saya dapat merasai mereka dalam kederitaan dan kesakitan yang teruk.”
“Saya tidak tahu bagaimana boleh saya menyampaikan berita ini kepada ahli keluarga. Hati saya dipenuhi dengan kesedihan, tetapi sebagai seorang Kristian, saya berdoa untuk ketenangan dan menyerahkan beban saya kepada Tuhan. Saya berulang kali menyalahkan diri sendiri dan menyesal kerana tidak melakukan lebih banyak perkara dengan mereka dan juga begitu banyak perkataan yang belum sempat diucapkan.”

“Saya dapat merasai kehadiran Tuhan dalam upacara pengebumian yang lancar. Terdapat ramai rakan dan pelajar sekolah datang untuk memberi penghormatan terakhir mereka. Jenazah isteri dan anak lelaki saya akhirnya dibakar.”
Setelah ibu dan kakaknya pulang ke rumah, Vincent mendapati dirinya tenggelam dalam kesakitan, bergelut dengan realiti kehilangan Su King dan Daniel. Kekosongan dan kesunyian yang memekakkan telinganya dan memakan keutuhannya. Tidak lama kemudian, dia bermula bercakap dengan dirinya sendiri, berpura-pura mereka berada di sana dan tenggelam dalam kemurungan.
Dia bergelut dengan kesunyian dan cuba menyibukkan dirinya dengan berkerja dari Isnin hingga Jumaat dan berkhidmat di gereja pada hujung minggu. Namun, kesibukan seperti ini masih tidak mencukupi baginya untuk meringankan kesengsaraan yang dialami.
“Melelapkan mata pada waktu malam merupakan perkara yang paling sukar.” Selama beberapa minggu selepas pengebumian, saya tidak dapat tidur. Tidak sehingga saya mengimpikan isteri dan anak lelaki saya sebanyak tiga kali.
“Dalam mimpi pertama saya, saya dapat melihat apa yang berlaku kepada mereka. Terdapat kekecohan besar dalam mimpi itu dan mereka terkubur di dalamnya. Saya mendengar letupan kuat, seperti tembikai yang luar biasa besar menghantam tanah dan meletup. Bunyi itu sangat bising tetapi saya tidak dapat mengetahui apa yang telah berlaku. Mimpi itu begitu nyata sehingga saya masih ingat dengan jelas walaupun saya terbangun.”
“Mimpi kedua berlaku jarak seminggu selepas yang pertama. Dalam mimpi kedua, saya bermimpi bahawa isteri saya telah kembali ke rumah dan berada di dalam bilik air. Saya memandangnya dari belakang dan melangkah ke hadapan untuk bertanya sama ada dia bercedera. Semua gambaran mimpi begitu nyata. Kemudian, kami saling berpelukan di atas katil tetapi saya tidak dapat bercakap apa. Dia menenangkan saya, mangatakan bahawa kami berdua sangat bertuah kerana dapat bertemu, membina keluarga bersama dan dapat kebahagiaan.”
“Dalam mimpi terakhir, isteri saya memberitahu saya bahawa dia akan membawa anak kami ke tempat yang jauh. Walaupun dikatanya ‘jauh’, rasanya mereka hanya keluar sekejap untuk membeli-belah atau menginap di hotel. Mereka akan kembali tidak lama lagi dan kami akan bertemu lagi. Malah Vincent sedar dari mimpi dan mendapati dirinya masih bersendirian.

“Selepas mimpi ini, hati saya menjadi lebih tenang dan dapat masuk tidur.” Vincent juga bertekad menyertai komuniti Batang Kali untuk mencari kebenaran tentang bencana itu.
“Dalam mesej daripada isteri kepada saya, mereka tidak meminta saya membalas dendam tetapi hanya mahu mengetahui punca kejadian itu,” kata Vincent sambil duduk di atas katil baharu yang telah dibeli dan dipasang pada malam bencana itu sebagai kejutan kepada anaknya apabila dia kembali dari perkhemahan pada 16 Disember.
Si Daniel telah bersetuju untuk tidur bersendirian di biliknya selepas pulang dari perkhemahan.
